Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) Fungsian pada 1 hingga 3 Oktober 2025 bertempat di Ancasa Royale Hotel, Pekan, Pahang.
Bengkel telah dikendalikan oleh Encik Saharudin Bin Karsan, Ketua Seksyen Pelupusan Rekod, Arkib Negara Malaysia dengan kehadiran Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang, Puan Nor Azah Binti Hashim. Seramai 21 orang peserta dari pelbagai bahagian dan gred telah hadir menyertai bengkel yang bertujuan menyediakan Jadual Pelupusan Rekod Urusan Fungsian. JPR ini bakal menjadi rujukan penting dalam memastikan rekod PKPP dilupuskan secara sistematik, mengelakkan pemusnahan rekod yang belum cukup tempoh serta meningkatkan perlindungan terhadap rekod bernilai kekal.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat memberi manfaat besar kepada anggota perkhidmatan PKPP khususnya dalam memperkukuhkan kesedaran dan amalan pengurusan rekod secara teratur, cekap dan berintegriti, selaras dengan keperluan Arkib Negara Malaysia.