Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]
Image

SEKTOR KESIHATAN

Pusat Dialisis Qaseh PKPP (PDQP) ditubuhkan pada 27 September 2016, dengan kerjasama Teqmed Tech Sdn. Bhd. dan PKPP. Pusat Dialisis Qaseh PKPP beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2019.

PDQP menyediakan perkhidmatan rawatan cucian darah bagi pesakit yang disahkan mengalami penyakit kegagalan buah pinggang.

Pesakit akan diberikan perkhidmatan nasihat pemakanan dari masa ke semasa secara berterusan sepanjang tempoh rawatan mereka dan akan dipantau secara klinikal mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

PDQR menggunakan enam (6) unit mesin Hemodialisis keluaran Freasnius Sdn. Bhd. Model 40008s.