Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]
Image

PERTANIAN-PERTANIAN LAIN

PKPP melalui anak-anak syarikat milik penuhnya dan syarikat bersekutu turut terlibat dalam aktiviti pertanian lain seperti tanaman padi, kelapa, durian, longan, nanas, dan getah.

Aktiviti penternakan juga turut dijalankan oleh kumpulan anak syarikat PKPP yang melibatkan penternakan lembu tenusu, lembu pedaging, kambing tenusu dan kampung serta ternakan rusa di Makmur Dairy Sdn Bhd.

Projek akuakultur berasaskan udang marin juga turut diusahakan di Kg. Pulau Permatang Pauh, Pekan, Pahang melalui kumpulan anak syarikat iaitu Makmur Akuakultur Sdn. Bhd. (MASB). lanya diusahakan di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (PSK).