Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Ceramah Khas Nuzul Quran & Ceramah Kesihatan

Ceramah Khas bertajuk “Nuzul Quran: Reset Jiwa, Upgrade Prestasi” telah diadakan pada 5 Mac 2026 (Khamis), jam 9.00 pagi bertempat di Dewan ILI PKPP, Kuantan.

Ceramah anjuran bersama Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia PKPP melalui Unit Pembangunan Organisasi serta Biro Agama dan Pendidikan KESUKIP ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Muhammad Izzan bin Idris, Imam 1 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

Ceramah ini dianjurkan bersempena sambutan Nuzul al-Quran sebagai platform pengisian rohani buat anggota perkhidmatan PKPP agar terus memperkukuh nilai integriti, disiplin dan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Melalui penghayatan mesej al-Quran, peserta dibimbing untuk “reset” jiwa dengan memperbetul niat serta memperbaharui semangat kerja, seterusnya “upgrade” prestasi diri dan organisasi.

Harapan dari pengisian ini dapat menyuntik inspirasi kepada seluruh anggota perkhidmatan PKPP untuk terus bekerja dengan penuh amanah, berdaya saing serta menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam setiap tindakan dan keputusan.

Berakhir cermah agama, satu Ceramah Kesihatan oleh Dr. Ahmad Hapizi Bin Abdullah dengan tajuk "Manfaat Puasa Ramadan Daripada Sudut Perubatan".

Sesi ini merupakan kerjasama PKPP dengan Poliklinik Ar-Razi Kuantan.

Semoga PKPP terus maju dengan keseimbangan kecemerlangan dunia dan akhirat.

Ceramah Khas Nuzul Quran & Ceramah Kesihatan 1
Ceramah Khas Nuzul Quran & Ceramah Kesihatan 2
Ceramah Khas Nuzul Quran & Ceramah Kesihatan 3
Ceramah Khas Nuzul Quran & Ceramah Kesihatan 4
Ceramah Khas Nuzul Quran & Ceramah Kesihatan 5
Ceramah Khas Nuzul Quran & Ceramah Kesihatan 6