Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Karnival Sukan PKPP 2024

Karnival Sukan PKPP 2024 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PKPP telah melabuh tirainya dengan acara penutup Merentas Desa, aktiviti Fun Run serta majlis penutup dan penyampaian piala kejuaraan pada 13 Oktober 2024.
 
Karnival yang berlangsung pada 7 September 2024 hingga penutup telah menyenaraikan beberapa acara sukan sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan MAKSPEN yang bakal dianjurkan oleh KESEDAR pada 2025. Senarai acara yang melibatkan penyertaan PKPP dan anak-anak syarikat Kumpulan PKPP ialah futsal, badminton, ping pong, sepak takraw, bola tampar, tenpin bowling, batu seremban, dart, karom, congkak, mobile legend, bola jaring, golf dan merentas desa. Melalui Karnival Sukan inilah, bakat-bakat yang menyerlah akan dikenalpasti bagi membentuk pasukan-pasukan bagi menghadapi MAKSPEN 2025.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan Karnival Sukan PKPP 2024. Semoga karnival ini dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi dan mengeratkan lagi silaturahim sesama warga dan kumpulan PKPP.
 
PKPP akan berusaha keras bagi mengejar juara pada karnival mendatang dengan moto "demi lencana di dada".