Pasukan badminton PKPP telah berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam Kejohanan Badminton sempena Persidangan S-GLC Pahang 2025 di Kuantan Synergy Sport Centre pada 28 Ogos 2025. Dalam saingan yang penuh sengit dan melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi, pasukan PKPP berjaya menamatkan cabaran dengan meraih tempat keempat keseluruhan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain atas usaha gigih, kerjasama berpasukan serta semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Walaupun tidak berada di podium utama, pencapaian ini tetap membanggakan kerana membuktikan keupayaan dan daya saing warga kumpulan PKPP dalam arena sukan.
Tahniah dan syabas pasukan badminton PKPP.