Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala YH Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif PKPP 2025 telah berlangsung dengan meriah di Padang Arena MBK, Kuantan pada 15 November 2025 dengan penyertaan pasukan-pasukan dari Kumpulan PKPP.
Yang Hormat Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif PKPP merangkap Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan PKPP (KSK PKPP), hadir menyaksikan kejohanan serta menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Dalam kejohanan ini, pasukan PKPP A telah menjuarai kejuaraan pada tahun in dengan menewaskan pasukan LKPP Corporation Sdn.Bhd. dalam perlawanan akhir. Manakala pasukan PKPP Agro Sdn.Bhd mendapat tempat ketiga. Penganjuran kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja Kumpulan PKPP, di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan budaya kerja sihat melalui aktiviti sukan.
YH Dato’ turut menyatakan harapan agar kejohanan ini dapat diteruskan secara konsisten pada masa hadapan sebagai medan mencungkil bakat baharu, memperkukuh perpaduan anggota perkhidmatan kumpulan PKPP serta meningkatkan motivasi dan kecergasan fizikal anggota perkhidmatan keseluruhannya.