Pasukan bola tampar Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam Kejohanan Bola Tampar sempena Persidangan S-GLC Pahang 2025 di Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan(UIA) pada 10 September 2025.
Dalam saingan yang penuh sengit dan melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi, pasukan PKPP yang diterajui oleh Encik Syed Mohammad Izzuddin Bin Syed Mohamed Sohaimi sebagai Pengurus Pasukan telah berjaya menamatkan cabaran dengan meraih tempat ketiga keseluruhan, manakala pasukan bola tampar wanita tewas di peringkat kumpulan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain atas usaha gigih, kerjasama berpasukan serta semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.
Tahniah dan syabas pasukan Bola Tampar PKPP.