Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan PKPP yang diterajui oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKPP, Puan Hajah Sharifah Norjannah Binti Syed Agil kerana telah mengungguli Kejohanan Boling Piala Pengerusi KOSMA 2025 yang berlangsung pada 22 Ogos 2025 di Premium Lanes, Kuantan.
Kejayaan cemerlang ini telah menyaksikan pasukan PKPP merangkul kejayaan dalam kategori berikut:
1. Juara Kumpulan
2. Naib Juara Kumpulan
3. Juara Individu Lelaki
4. Juara Individu Wanita
Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan yang tinggi, malah turut mencerminkan komitmen serta dedikasi anggota perkhidmatan PKPP dalam membawa nama organisasi ke tahap yang lebih membanggakan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan di masa akan datang, bukan sahaja dalam arena sukan tetapi juga dalam segala aspek kecemerlangan kerja.