Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Kejohanan Boling Piala Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan PKPP yang diterajui oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKPP, Puan Hajah Sharifah Norjannah Binti Syed Agil kerana telah menjuarai Kejohanan Boling Piala Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail yang berlangsung pada 20 September 2025 di MegaLanes, Kuantan.
 
Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan yang tinggi, malah turut mencerminkan komitmen serta dedikasi anggota perkhidmatan PKPP dalam membawa nama organisasi ke tahap yang lebih membanggakan.
 
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan di masa akan datang, bukan sahaja dalam arena sukan tetapi juga dalam segala aspek kecemerlangan kerja.
Syabas & Tahniah Pasukan Boling PKPP