PKPP Kekalkan Kejuaraan Tenpin Boling Pesta Sukan S-GLC Pahang 2025
Pasukan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) yang diterajui oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Puan Hajah Sharifah Norjannah Binti Syed Agil, telah mengharumkan nama PKPP apabila menjuarai Kejohanan Tenpin Boling Sempena Persidangan S-GLC Pahang 2025 bagi dua (2) tahun berturut-turut. Kejohanan ini telah berlangsung di Kuantan Megalanes, Kuantan pada 21 September 2025.
Dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 3,200 pin, pasukan PKPP berjaya mengatasi cabaran hebat pasukan tempat kedua, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dengan perbezaan 440 pin, sekaligus mengukuhkan kedudukan PKPP sebagai pasukan yang disegani.
Lebih manis, kejayaan pasukan turut diserikan dengan pencapaian individu yang membanggakan dalam kategori lelaki dan wanita:
Kategori Lelaki:
• Juara Individu
• Ketiga Individu
Kategori Wanita:
• Ketiga Individu
• Keempat Individu
Kejayaan ini membuktikan semangat kesukanan, komitmen dan kerjasama erat antara para pemain yang menjadi nadi kekuatan pasukan PKPP.
PKPP berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat kepada semua anggota perkhidmatan kumpulan PKPP untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang dalam bidang sukan serta memperkukuh budaya kerja berpasukan, disiplin dan produktiviti yang tinggi.
#Tahniah dan Syabas Pasukan Tenpin Boling PKPP.