YANG BERAT SAMA DIPIKUL, YANG RINGAN SAMA DIJINJING
Skuad Sukarelawan Banjir PKPP telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan gotong-royong di beberapa kediaman anggota perkhidmatan PKPP yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda baru-baru ini bermula 18 Disember 2025 lalu.
Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan nilai kekeluargaan dalam kalangan anggota perkhidmatan PKPP, di samping memastikan kebajikan anggota perkhidmatan PKPP sentiasa diberi perhatian.
Kehadiran Skuad Sukarelawan ini bukan sahaja dapat meringankan beban yang ditanggung malah mempercepatkan lagi kerja-kerja pembersihan kepada anggota perkhidmatan yang terjejas oleh banjir.
PKPP turut menzahirkan rasa ihsan dan simpati yang mendalam kepada semua anggota perkhidmatan PKPP yang terjejas akibat bencana ini serta menegaskan komitmen berterusan perbadanan dalam menyalurkan bantuan dan sokongan sewajarnya. Diharapkan usaha murni ini dapat meringankan beban yang ditanggung serta mengukuhkan lagi semangat setiakawan dan perpaduan dalam kalangan anggota perkhidmatan PKPP.