Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Kunjungan Hormat daripada Wakaf Pahang ke Ibu Pejabat PKPP

Satu langkah kecil yang membawa impak besar. Kunjungan hormat daripada Wakaf Pahang ke Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang(PKPP), Kuantan pada 21 Mei 2026 adalah simbolik penyerahan sijil pewakafan tanah oleh PKPP sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap komitmen strategik PKPP dalam memperkukuhkan pembangunan serta kelestarian institusi wakaf di Negeri Pahang.

PKPP diwakili oleh YBrs. Puan Hajah Sharifah Norjannah Binti Syed Agil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKPP manakala Wakaf Pahang diwakili oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Zakat dan Wakaf Pahang. Turut hadir sama menyaksikan majlis tersebut adalah Pengurusan Tertinggi PKPP.

Usaha ini bukan sekadar satu penyerahan rasmi, malah mencerminkan komitmen berterusan PKPP dalam menyokong agenda pembangunan ummah melalui instrumen wakaf yang memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.

Semoga kunjungan hormat ini menjadi pemangkin kepada hubungan strategik yang lebih erat antara kedua-dua pihak dalam memperkasa agenda pembangunan ummah demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Pahang.

Kunjungan Hormat daripada Wakaf Pahang ke Ibu Pejabat PKPP 1
Kunjungan Hormat daripada Wakaf Pahang ke Ibu Pejabat PKPP 2
Kunjungan Hormat daripada Wakaf Pahang ke Ibu Pejabat PKPP 3
Kunjungan Hormat daripada Wakaf Pahang ke Ibu Pejabat PKPP 4
Kunjungan Hormat daripada Wakaf Pahang ke Ibu Pejabat PKPP 5
Kunjungan Hormat daripada Wakaf Pahang ke Ibu Pejabat PKPP 6