Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Kunjungan Hormat ke Lembaga Koko Malaysia dan Beryl’s Chocolate

YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKPP, Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil telah mengetuai rombongan Pengurusan Tertinggi PKPP dan Pengurusan Kanan Kumpulan PKPP dalam kunjungan hormat ke Lembaga Koko Malaysia di Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Nilai, Negeri Sembilan pada 12 Jun 2026.

Rombongan telah disambut oleh Pengurus Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Dr. Fisal Ahmad. Lawatan ini memberi pendedahan mengenai pembangunan industri koko negara, teknologi pemprosesan hiliran, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi produk berasaskan koko.

Antara dapatan utama lawatan adalah potensi pembangunan produk nilai tambah berasaskan koko, kepentingan inovasi dan penyelidikan dalam meningkatkan daya saing industri, serta peluang kerjasama strategik yang boleh diteroka oleh PKPP dalam sektor pemprosesan makanan dan agroindustri.

Sebelum itu, pada 11 Jun 2026, rombongan turut mengadakan lawatan ke Beryl’s Chocolate & Confectionery Sdn Bhd, Seri Kembangan, Selangor bagi meninjau amalan terbaik dalam pengeluaran produk coklat, pembangunan jenama dan strategi pemasaran.

Semoga hasil lawatan akan dapat membuka ruang kepada PKPP untuk meneroka peluang perniagaan baharu serta memperkukuhkan pembangunan sektor hiliran yang mampu menjana nilai tambah kepada Kumpulan PKPP.

Kunjungan Hormat ke Lembaga Koko Malaysia dan Beryl’s Chocolate 1
Kunjungan Hormat ke Lembaga Koko Malaysia dan Beryl’s Chocolate 2
Kunjungan Hormat ke Lembaga Koko Malaysia dan Beryl’s Chocolate 3
Kunjungan Hormat ke Lembaga Koko Malaysia dan Beryl’s Chocolate 4
Kunjungan Hormat ke Lembaga Koko Malaysia dan Beryl’s Chocolate 5
Kunjungan Hormat ke Lembaga Koko Malaysia dan Beryl’s Chocolate 6