Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Kursus Analisis Kewangan Dalam Penilaian Projek

Kursus Analisis Kewangan Dalam Penilaian Projek telah diadakan pada 27 hingga 29 November 2025 bertempat di Zenith Hotel, Kuantan. Kursus melibatkan penyertaan seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada anggota perkhidmatan PKPP serta wakil daripada anak-anak syarikat Kumpulan PKPP.
 
Kursus sepenuhnya dikendalikan oleh Dr. N. Farahin Binti Ali @ Ibrahim, Timbalan Ketua Akauntan, Seksyen Perakaunan Pengurusan, Bahagian Akaun, Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
 
Majlis perasmian penutup kursus serta penyampaian sujil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Hisham Bin Abdul Halim, Pengurus Pelaburan dan Korporat PKPP.
Kursus Analisis Kewangan Dalam Penilaian Projek ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi peserta dalam memahami laporan kewangan dan menilai prestasi syarikat, malah turut memperkasakan keupayaan mereka dalam membuat keputusan yang lebih berstrategik, objektif dan berasaskan data.
 
Antara objektif utama kursus adalah:
1. Memberi kefahaman mengenai analisis penyata kewangan syarikat;
2. Mengaplikasikan penggunaan ratio kewangan dan indikator penting bagi menilai prestasi kewangan;
3. Meningkatkan ilmu dan kemahiran pegawai serta eksekutif dalam menilai prestasi kewangan secara menyeluruh;
4. Memberikan pengetahuan secara umum mengenai kaedah Cost Benefit Analysis (CBA) dalam menilai cadangan projek baru;
5. Menyediakan kaedah praktikal untuk diaplikasikan dalam tugasan harian; dan
6. Membuat syor serta justifikasi kewangan yang lebih objektif dalam penyediaan kertas cadangan dalam penilai cadangan projek baru daripada pelabur.
 
Diharapkan segala ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dipraktikkan dalam bentuk tindakan, meningkatkan kualiti penilaian projek serta menyumbang kepada pengukuhan tadbir urus dan pembangunan ekonomi Kumpulan PKPP secara keseluruhannya.