Seramai 15 peserta terdiri daripada kumpulan pelaksana Gred H1 telah menghadiri Kursus Asas Microsoft Office bagi Anggota Perkhidmatan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) bertempat di Dewan ILI, PKPP mulai 11 hingga 13 Mac 2025.
Melalui kursus ini juga peserta akan didedahkan dengan pengetahuan asas bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan objektif Microsoft Office secara teori dan praktikal dalam penyediaan pelbagai dokumen.
Tujuan penganjuran kursus ini adalah :-
* Meningkatkan kefahaman penggunaan Microsoft Office;
* Mewujudkan suasana pembelajaran yang terancang;
* Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran;
* Mendedahkan peserta kepada pembelajaran dan kemahiran yang berkesan; dan
* Mengaplikasikan teknik dalam meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan tugasan harian.
Semoga kursus ini dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran Anggota Perkhidmatan PKPP dalam melaksanakan tugasan harian untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Strategik PKPP 2025-2029