Kursus Kepimpinan Pelapis Pengurusan PKPP telah diadakan pada 13 - 16 Oktober 2024 di Hotel Grand Kampar, Perak dengan penglibatan peserta seramai 30 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai PKPP dan anak syarikat kumpulan PKPP.
Keseluruhan agenda program telah dikendalikan sepenuhnya oleh YBhg Dr Saiful Amin bin Jalun merupakan perunding dari Magic Team Resources. Antara intipati program ini ialah peserta dapat memantapkan kemahiran mengelola tadbir urus yang lebih efektif dalam mencapai objektif jabatan. Selain itu, teknik komunikasi yang berkesan amat penting dalam membentuk pasukan yang utuh dan kerjasama baik dalam melaksanakan tugasan.
Semoga peserta yang juga pelapis pengurusan PKPP dapat memperkasakan kepimpinan masing-masing di samping mempertingkatkan lagi kemahiran interpersonal dengan sentiasa memotivasikan anggota perkhidmatan ke arah perubahan positif dalam memacu kejayaan PKPP pada masa mendatang.