Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Kursus Memperkasa Keberkesanan Lembaga Pengarah dan Tadbir Urus Korporat

Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah menganjurkan Kursus Memperkasa Keberkesanan Lembaga Pengarah dan Tadbir Urus Korporat pada 6 Oktober 2026 bertempat di Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Hisham Bin Abdul Halim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP. Manakala, sesi perkongsian ilmu pula disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, Pengarah Program MBA & DBA, Putra Business School, Universiti Putra Malaysia Serdang.

Kursus ini telah disertai oleh 42 orang peserta yang terdiri daripada Pengurusan serta Pengurusan Tertinggi PKPP dan Pengurusan Kanan Kumpulan PKPP, sebagai platform memperkukuh kefahaman dan keupayaan dalam aspek peranan serta tanggungjawab Lembaga Pengarah, tadbir urus korporat, pengurusan risiko, konflik kepentingan, integriti dan akauntabiliti.

Penganjuran kursus ini turut menjadi ruang untuk menilai dan memperkukuh amalan tadbir urus Kumpulan PKPP agar sentiasa relevan, berkesan dan selari dengan amalan terbaik semasa, khususnya dalam mendepani perubahan landskap perundangan, risiko, teknologi serta tuntutan terhadap ketelusan dan akauntabiliti.

Lebih penting, ilmu dan perkongsian yang diperoleh diharapkan dapat diterjemahkan kepada amalan sebenar dalam proses membuat keputusan, pengurusan risiko, pemantauan prestasi dan pengurusan organisasi, sekali gus memperkukuh budaya tadbir urus Kumpulan PKPP.

Kerana tadbir urus yang baik bukan sekadar soal mematuhi peraturan, tetapi merupakan asas dalam memastikan setiap amanah dilaksanakan dengan penuh integriti, setiap risiko diurus secara berhemah dan setiap keputusan dibuat secara telus, bertanggungjawab serta berlandaskan kepentingan terbaik organisasi dan pihak berkepentingan. Tadbir urus yang kukuh akhirnya menjadi pemangkin kepada keyakinan, kelestarian dan kecemerlangan organisasi.

Semoga kursus ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan tadbir urus Kumpulan PKPP, melahirkan kepimpinan yang lebih berintegriti dan berakauntabiliti, serta memastikan setiap keputusan yang dibuat memberi nilai dan manfaat kepada organisasi serta pihak berkepentingan.

Kursus Memperkasa Keberkesanan Lembaga Pengarah dan Tadbir Urus Korporat 1
Kursus Memperkasa Keberkesanan Lembaga Pengarah dan Tadbir Urus Korporat 2
Kursus Memperkasa Keberkesanan Lembaga Pengarah dan Tadbir Urus Korporat 3
Kursus Memperkasa Keberkesanan Lembaga Pengarah dan Tadbir Urus Korporat 4
Kursus Memperkasa Keberkesanan Lembaga Pengarah dan Tadbir Urus Korporat 5
Kursus Memperkasa Keberkesanan Lembaga Pengarah dan Tadbir Urus Korporat 6