Kursus Pembantu Tadbir Cemerlang telah diadakan pada 7 - 9 Jun 2024 di Ancasa Royale Pekan dengan penglibatan anggota perkhidmatan kumpulan sokongan seramai 70 orang. Keseluruhan agenda kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Alijah binti Mohd Noor merupakan perunding profesional latihan bersama beberapa pegawai daripada Effective Learning Management (ELM).
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendalami kepentingan kompetensi peranan pembantu tadbir dalam bidang tugas. Selain itu, peserta turut dikongsi mengenai penyelesaian secara kritis dalam proses penyampaian maklumat dan perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus organisasi.
Semoga ilmu yang diperoleh memberi manfaat kepada peserta dalam mempraktikkan tugasan secara konsisten melalui pengetahuan dan kemahiran berkesan bagi mempamerkan budaya kerja yang lebih produktif pada masa mendatang.