Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Kursus Penghasilan Produk Hiliran Tanaman Kelapa PKPP

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) melalui Bahagian Penyelidikan dan Pemantauan bersama Unit Pembangunan Organisasi PKPP telah berjaya mengadakan kursus tersebut pada 20 Januari 2026 bertempat di De Rhu Beach Resort, Kuantan.
Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang melalui Puan Sumarni Binti Matnur, Kuasa Usaha Bahagian Pembangunan Industri Tanaman dan penyertaan seramai 50 anggota perkhidmatan PKPP dan anak syarikat Kumpulan PKPP.
Antara objektif kursus adalah:
a) Mengembangkan pengetahuan berkenaan industri tanaman kelapa sedia ada dalam Kumpulan PKPP selain daripada tanaman utama PKPP iaitu kelapa sawit;
b) Meningkatkan ilmu dan kemahiran mengenai isu semasa berkaitan operasi dan produk hiliran tanaman kelapa;
c) Menggalakkan inovasi dan keusahawanan dalam kalangan Kumpulan PKPP bagi meneroka produk hiliran sebagai peluang perniagaan baharu.
Semoga dengan penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota perkhidmatan PKPP serta anak syarikat Kumpulan PKPP dalam penghasilan produk hiliran kelapa, sekali gus menyokong usaha penjanaan nilai tambah dan pengukuhan peranan PKPP dalam sektor agromakanan.