Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Kursus Pra Persaraan

Kursus Pra Persaraan Kepada Anggota Perkhidmatan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah diadakan bermula 27 hingga 30 Jun 2025 bertempat di Bayview Hotel, Langkawi, Kedah.
 
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP, Yang Hormat Dato' Hajah Sarwah binti Mohamed Jusoh turut hadir sebagai peserta bersama-sama 27 anggota perkhidmatan PKPP yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan Pelaksana yang akan bersara dalam tempoh enam (6) bulan hingga lima (5) tahun.
 
Kursus ini adalah sebagai pendedahan awal kepada bakal-bakal pesara PKPP untuk mempersiapkan diri dari segi mental, fizikal dan ekonomi selepas meninggalkan perkhidmatan di PKPP kelak.
 
Kursus ini diadakan dengan tujuan :-
i. Mendapatkan maklumat terkini faedah persaraan yang diumumkan oleh kerajaan;
ii. Mendapatkan penerangan mengenai persediaan dan tindakan yang perlu diambil sebelum persaraan;
iii. Membuat perancangan persaraan dari aspek, ekonomi, kewangan dan kesihatan; dan
iv. Mengenalpasti cabaran-cabaran dalam alam persaraan dan kaedah menanganinya.
 
Semoga kursus ini dapat menjadi platform yang bermanfaat dalam membekalkan ilmu, kemahiran serta kefahaman yang menyeluruh kepada anggota perkhidmatan yang bakal bersara dan diharapkan para peserta dapat membuat perancangan awal dan bersesuaian bagi menghadapi alam persaraan dengan lebih teratur, tenang dan sejahtera.
 
PKPP juga percaya bahawa pendedahan yang diberikan melalui kursus ini mampu menjadi asas kukuh dalam membantu peserta menyesuaikan diri dengan perubahan peranan serta gaya hidup selepas persaraan, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan hidup secara holistik.