Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Kursus Sinergi Cemerlang Siri 1/2025

Seramai 48 peserta terdiri daripada kumpulan pelaksana telah menghadiri Kursus Sinergi Cemerlang bagi Anggota Perkhidmatan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) Siri 1/2025 bertempat di INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) mulai 9 hingga 12 Februari 2025.

Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan program-program yang menekankan semangat 'Camaraderie' dan menepati objektif berikut:

  • Membina jaringan kerjasama yang erat;
  • Mempertingkatkan persefahaman, sikap saling menghormati dan semangat setia kawan;
  • Memahami peranan dan nilai kepimpinan dalam pasukan untuk kecemerlangan organisasi;
  • Memahami kepentingan berkomunikasi secara berkesan; dan
  • Memperkukuhkan koordinasi, kerjasama serta perhubungan dalam menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif.

Semoga kursus ini dapat menyediakan anggota perkhidmatan PKPP dengan keupayaan daya saing serta memantapkan jati diri peserta agar lebih bersiap siaga dalam menghadapi tekanan dan dugaan dalam tugas serta tanggungjawab yang digalas.