Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]
Unit Pembangunan Organisasi, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia PKPP telah menganjurkan Kursus Smart Office Dengan Artificial Intelligence (AI) bertempat di Makmal Komputer, Perbadanan Perpustakaan Negeri Pahang, Kuantan.
Kursus ini dilaksanakan dalam tiga (3) siri bagi memastikan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan Anggota Perkhidmatan PKPP, iaitu:
• Siri 1: 23–24 Februari 2026 (50 peserta)
• Siri 2: 2–3 Mac 2026 (48 peserta)
• Siri 3: 9–10 Mac 2026 (41 peserta)
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Thenmaler Selvarajah, AI Certified Trainer daripada DRB-HICOM University of Automotive Malaysia.
Objektif penganjuran kursus adalah seperti berikut:
• Memberikan pendedahan kepada peserta dalam mempelajari dan mendalami penggunaan AI sebagai perisian yang mudah diaplikasikan.
• Memahami definisi serta konsep asas kecerdasan buatan (AI).
• Menjelaskan jenis-jenis serta kelebihan kecerdasan buatan (AI).
• Memahami algoritma dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam dunia sebenar.
Adalah menjadi harapan agar melalui kursus ini, Anggota Perkhidmatan PKPP dapat diperkenalkan dan mengaplikasikan konsep serta teknik AI dalam tugasan harian sekali gus mempertingkatkan prestasi kerja ke tahap yang lebih berkualiti, selari dengan keperluan dan aspirasi PKPP ke arah organisasi yang progresif dan berdaya saing.





