PKPP dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah mengadakan Kursus Tanaman, Pemprosesan dan Pasaran Nanas Untuk Kumpulan PKPP pada 22 - 24 Februari 2023 di Johor Bahru Darul Takzim. Peserta kursus seramai 35 orang adalah terdiri daripada kalangan pegawai-pegawai PKPP dan Bahagian Perladangan Kumpulan PKPP.
YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus selaku Ketua Pegawai Eksekutif PKPP telah merasmikan kursus yang turut sama menjadi peserta. Penceramah dan tenaga pengajar pula adalah dari Ibu pejabat LPNM dan LPNM Negeri Johor. Kursus ini merangkumi sesi ceramah, amali dan lawatan kerja juga telah dianjurkan sebagai persediaan bagi menerokai bidang hiliran nanas dalam usaha mempertingkatkan pendapatan daripada tanaman ini.
Bagi sesi lawatan kerja, peserta telah dibawa melawat syarikat Josa Pina yang diusahakan oleh usahawan yang berjaya di dalam industri nanas. Semoga ilmu yang diperoleh daripada kursus ini dapat merealisasikan perancangan strategik PKPP dalam industri nanas.