PKPP telah melaksanakan Latihan Kebakaran (Fire Drill) pada 16 Disember 2025 bertempat di Ibu Pejabat PKPP, Jalan Gambut, melibatkan Yang Hormat Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, pengurusan tertinggi bersama Anggota Perkhidmatan PKPP.
Latihan ini dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kuantan bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan, kefahaman dan penghayatan anggota perkhidmatan terhadap prosedur keselamatan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan kebakaran. Pelaksanaan latihan ini turut memberi pendedahan praktikal berkaitan laluan kecemasan, titik berkumpul dan pengurusan evakuasi yang sistematik.
Penglibatan aktif dan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh anggota perkhidmatan mencerminkan komitmen PKPP dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat. Program ini memberi kesan positif dalam membina keyakinan, meningkatkan kesedaran keselamatan serta memastikan anggota perkhidmatan PKPP sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.
Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kuantan serta semua anggota perkhidmatan PKPP yang memberikan kerjasama sepanjang program diadakan.