Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Lawatan Healthcheck Projek Pembangunan Infrastruktur Agro Tourism Paya Laka

YH. Dato’ Razihan Bin Adzharuddin, Pengarah Pembangunan Negeri Pahang merangkap Ahli Lembaga Pengarah PKPP telah mengadakan Lawatan Healthcheck Projek: Pembangunan Infrastruktur Agro Tourism Paya Laka, Rompin pada 4 Ogos 2026.

YBrs. Tuan Haji Ahmad Hisham Bin Abdul Halim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP telah hadir bagi mewakili Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP). Turut serta hadir juga wakil daripada Bahagian Projek Sosial, LKPP Property Sdn. Bhd., PKPP Agro Sdn. Bhd., perunding dan kontraktor.

Lawatan ini bertujuan untuk meneliti perkembangan semasa projek, menilai kemajuan pelaksanaan kerja di tapak serta memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan, spesifikasi dan tempoh yang telah ditetapkan.

Sepanjang lawatan, taklimat kemajuan projek oleh wakil Pengurus Projek telah disampaikan, di samping sesi pemeriksaan di tapak bagi menilai pelaksanaan semasa. Beberapa perkara berkaitan pelaksanaan projek turut dibincangkan sebagai langkah penambahbaikan dan tindakan susulan bagi memastikan projek dapat disiapkan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen PKPP sebagai agensi pelaksana dalam memastikan setiap projek pembangunan yang diamanahkan dilaksanakan secara terancang, berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan, sekali gus menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkasa pembangunan luar bandar serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Lawatan Healthcheck Projek Pembangunan Infrastruktur Agro Tourism Paya Laka 1
Lawatan Healthcheck Projek Pembangunan Infrastruktur Agro Tourism Paya Laka 2
Lawatan Healthcheck Projek Pembangunan Infrastruktur Agro Tourism Paya Laka 3
Lawatan Healthcheck Projek Pembangunan Infrastruktur Agro Tourism Paya Laka 4
Lawatan Healthcheck Projek Pembangunan Infrastruktur Agro Tourism Paya Laka 5
Lawatan Healthcheck Projek Pembangunan Infrastruktur Agro Tourism Paya Laka 6