Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Nazri Bin Abu Bakar yang juga Ahli Lembaga Pengarah PKPP telah mengadakan lawatan ke PKPP Strawberry Village (PSV) di Brichang, Cameron Highlands pada 21 Ogos 2025. Lawatan ke PSV ini adalah salah satu aturcara Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang (PSRM).
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP, Yang Hormat Dato' Hajah Sarwah Binti Mohamed Jusoh mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PKPP turut bersama Pengurusan Kanan PKPP serta Pengurusan LKPP Property Sdn.Bhd. dan PKPP Agro Sdn.Bhd. menyambut rombongan YB Setiausaha Kerajaan Pahang.
Satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Khairul Anuar Bin Basir, Pengurus Besar LKPP Property Sdn.Bhd. berhubung pembangunan PSV fasa 1 dan perancangan pembangunan PSV fasa 2. PSV merupakan ladang strawberi pertama seumpamanya yang dibangunkan dengan kelulusan Kebenaran Merancang Pertanian.
Semoga hasil daripada lawatan ini akan dapat memberi lebih peluang kepada PKPP membuktikan untuk terus komited di dalam mempelbagaikan dan mengembangkan aktiviti pertanian berimpak tinggi bagi memajukan lagi ekonomi Negeri Pahang.