Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Lawatan Kerja ke Ladang PKPP Temin, Jerantut

Pengurusan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP, Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Hisham Bin Abdul Halim bersama pengurusan tertinggi PKPP telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang PKPP Temin, Jerantut yang berada di bawah ejen pengurusan LKPP Corporation Sdn. Bhd. (LCSB) pada 12 Mei, 2026.

Lawatan ini bertujuan :

1. Untuk merealisasikan perancangan LKPP Corporation Sdn. dalam mempertingkatkan hasil ladang;

2. ⁠Melihat pelaksanaan pengeluaran hasil Buah Tandan Segar (BTS) secara efektif dan berkesan;

3. ⁠Membincangkan kaedah terbaik penggunaan mekanisasi di ladang; dan

4. M⁠enjalinkan hubungan erat antara pengurusan PKPP dan LKPP Corporation Sdn.

Lebih membanggakan, Ladang PKPP Temin telah mencatatkan pencapaian cemerlang apabila berjaya mencapai penghasilan BTS tertinggi PKPP bagi tahun 2025 iaitu sebanyak 30.82 mt/ha. Pencapaian ini membuktikan komitmen serta kecekapan pengurusan ladang dalam memastikan produktiviti terus berada pada tahap terbaik.

Selain sesi taklimat dan lawatan lapangan, pengurusan PKPP turut meneliti pelaksanaan amalan terbaik pengurusan ladang serta penggunaan teknologi dan mekanisasi bagi meningkatkan kecekapan operasi serta produktiviti pengeluaran BTS.

Semoga hasil daripada lawatan ini akan memperkukuhkan lagi kerjasama strategik antara PKPP dan LKPP Corporation Sdn. Bhd. di samping menjadi platform perkongsian idea serta pengalaman dalam usaha memperkasakan sektor perladangan Kumpulan PKPP agar terus berdaya saing dan menjadi agensi terunggul dalam bidang perladangan kelapa sawit di negeri Pahang.

Lawatan Kerja ke Ladang PKPP Temin, Jerantut 1
Lawatan Kerja ke Ladang PKPP Temin, Jerantut 2
Lawatan Kerja ke Ladang PKPP Temin, Jerantut 3
Lawatan Kerja ke Ladang PKPP Temin, Jerantut 4
Lawatan Kerja ke Ladang PKPP Temin, Jerantut 5
Lawatan Kerja ke Ladang PKPP Temin, Jerantut 6