YH Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus bersama-sama Pengurusan Tertinggi PKPP telah hadir ke sesi lawatan kerja ke PKPP Strawberry Village (PSV) Cameron Highlands pada 5 Februari 2026.
Turut hadir sama ialah Encik Zameri Bin Uyob, Pengurus Besar PKPP Agro Sdn.Bhd. (PASB) dan Encik Khairul Anuar Bin Basir, Pengurus Besar LKPP Property Sdn.Bhd.
Tujuan lawatan kerja pada kali ini adalah untuk:
1. Memberikan gambaran keadaan fizikal sebenar pelaksanaan projek di tapak;
2. Mengenal pasti keadaan sebenar di tapak projek berdasarkan permohonan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja tambahan di tapak projek;
3. Mengenal pasti cabaran, risiko dan isu pengoperasian ladang strawberi yang dihadapi oleh pengurusan ladang;
4. Merangka perancangan baharu bagi pembangunan PSV Fasa 2 dan mendapatkan input perancangan daripada LKPP Property Sdn.Bhd. dan PKPP Agro Sdn.Bhd.; dan
5. Memperkukuhkan pemantauan, kawal selia dan akauntabiliti pengurusan projek oleh LKPP Property Sdn.Bhd. dan PKPP Agro Sdn.Bhd.
Diharapkan lawatan kerja ini dapat memberikan gambaran jelas mengenai pelaksanaan Fasa 2 Projek PKPP Strawberry Village (PSV) di Cameron Highlands, selain mengenal pasti cabaran, risiko serta keperluan penambahbaikan di tapak.
Semoga segala input dan dapatan hasil lawatan ini dapat diterjemahkan kepada tindakan berkesan demi kejayaan Projek PKPP Strawberry Village.





