Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]
Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah menerima kunjungan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Mahmood ke Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Raub, Pahang bagi meninjau secara dekat pelaksanaan dan perkembangan projek tersebut pada 7 Julai 2026.
Dalam lawatan ini, PKPP telah diwakili oleh Encik Megat Juhari Shazerin bin Nazeri, Pengurus Pelaburan dan Korporat, manakala taklimat berkaitan pelaksanaan Projek PROSPEK Raub telah disampaikan oleh Encik Muhammad Asyraf bin Md Nazir, Pengurus Projek Sosial.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan kemajuan projek, cabaran pelaksanaan serta potensi pembangunan yang mampu memberi nilai tambah kepada kawasan sekitar, khususnya dalam memperkukuhkan agenda pembangunan luar bandar dan meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.
PKPP berharap kerjasama strategik bersama KKDW ini akan terus diperkasakan bagi memastikan pelaksanaan PROSPEK Raub berjalan secara mampan, berimpak tinggi serta mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat.





