Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Lawatan oleh Malaysian Kuwaiti Investment Co Sdn Bhd (MKIC)

Malaysian Kuwaiti Investment Co Sdn Bhd (MKIC) telah mengadakan lawatan balas ke PKPP pada 23 Ogos 2024. Lawatan ini bertujuan perkongsian idea, maklumat serta peluang-peluang untuk berkerjasama terutamanya di dalam bidang pertanian khasnya pertanian keterjaminan makanan. Sebelum ini, pengurusan PKPP dan anak syarikat telah melawat ladang kelapa milik MKIC yang terletak di Tawau, Sabah. Delegasi MKIC telah dibawa melawat ke Projek Prospek, Raub serta Ladang Durian milik PKPP di Lebu, Bentong pada 22 Ogos 2024.
 
MKIC merupakan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang ditubuhkan menerusi hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Kuwait berperanan sebagai pemudahcara pelaburan terus dari Kuwait. Rumusan dari lawatan ini, dapat disimpulkan peluang-peluang kerjasama di dalam bidang pertanian terutamanya di Negeri Pahang melalui PKPP.