PKPP telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Mahkamah Negeri Pahang (MNP). Kunjungan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih terperinci mengenai penggunaan aplikasi Sistem Digital Document Management System (DDMS) di samping mempelajari pengurusan amalan terbaik dalam tatacara pengurusan rekod di jabatan. Delegasi seramai 10 orang ini telah diketuai oleh Puan Narisah binti Mohamad selaku Penolong Pegawai Tadbir MNP.
Sesi pembentangan gambaran keseluruhan mengenai aplikasi DDMS kepada delegasi telah disampaikan oleh Pengurus Teknologi Maklumat PKPP. Seusai pembentangan, delegasi turut dibawa melawat ke Bilik Registri PKPP bagi melihat perjalanan pengurusan dokumen yang diguna pakai melalui sistem tersebut mengikut proses kerja yang ditetapkan.
Semoga perkongsian yang diberikan berdasarkan pengalaman dari PKPP sebagai agensi pertama di negeri Pahang yang mengguna pakai sistem tersebut dapat memberi buah fikiran dan idea yang bernas kepada pihak MNP dalam usaha melaksanakan penggunaan sistem tersebut dengan jayanya.