Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP, YH. Dato’ Hajah Sarwah binti Mohamed Jusoh yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif telah mengetuai lawatan pengurusan kanan ke Ladang PKPP Paloh Hinai dan Ladang PKPP Sri Jelutong, Pekan yang diuruskan oleh PKPP Agro Sdn. Bhd. (PASB).
Lawatan pada 12 Februari 2025 ini merupakan program rutin pengurusan PKPP ke ladang-ladang di bawah pengurusan anak syarikat PKPP yang dilantik sebagai ejen pengurusan ladang.
Lawatan ini juga bertujuan:
Di sesi lawatan ini, pengurusan PKPP dibawa melawat beberapa kawasan di dalam ladang bagi melihat inovasi dan inisiatif ladang yang telah diusahakan.
Semoga dengan lawatan ini akan dapat memberi impak yang baik melalui peningkatan hasil di ladang.
Perhubungan yang baik antara PKPP dan PASB akan meningkatkan motivasi kakitangan yang akan menyumbang kepada produktiviti di ladang.










