Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Lawatan Pengurusan Kanan ke PKPP Strawberry Village (PSV), Cameron Highlands

Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus telah mengetuai lawatan pengurusan kanan ke PKPP Strawberry Village (PSV), Brinchang, Cameron Highlands.

Lawatan pada 11 Februari 2025 ini diadakan bersempena penyerahan rasmi pengurusan ladang strawberi kepada PKPP Agro Sdn Bhd (PASB). Ladang strawberi seluas 2 ekar ini telah dibangunkan mulai bulan Julai tahun 2023 dan siap sepenuhnya pada 1 Januari 2025.

Sebagai simbolik penyerahan, Ketua Pegawai Eksekutif menyerahkan pokok strawberi kepada Pengurus Besar PASB, Encik Zameri bin Uyob.

Sebelum itu, bertempat di bilik mesyuarat Hotel Zenith Cameron Highlands, pengurusan kanan PKPP telah diberikan taklimat bagi cadangan pembangunan fasa dua PSV oleh Encik Khairul Anuar bin Basir, Pengurus Besar LKPP Property Sdn Bhd.

PASB juga telah memberikan taklimat berhubung cadangan operasi dan pemasaran PSV.

PSV ini membuktikan komitmen PKPP dalam mempelbagaikan dan mengembangkan aktiviti pertanian berimpak tinggi bagi memajukan lagi ekonomi Negeri Pahang.