Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]
YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP, Tuan Haji Ahmad Hisham Bin Abdul Halim bersama Pengurusan Tertinggi PKPP telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang Sg. Chalit, Raub pada 23 Julai 2026. Turut hadir Pengurus Besar PKPP Plantation Sdn. Bhd., Encik Ismadi Bin Mohd Yusof.
Lawatan ini bertujuan meninjau operasi ladang serta mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung isu-isu semasa yang memberi kesan kepada pengurusan ladang, termasuk serangan pisang hutan dan pencerobohan kawasan. Rombongan turut mengikuti taklimat pengoperasian ladang, demonstrasi penggunaan dron baharu PKPP sebagai inisiatif memperkasakan pemantauan ladang, selain meninjau sendiri kawasan yang terjejas serta dusun durian PKPP.
Hasil lawatan ini, beberapa langkah strategik telah dikenal pasti bagi memperkukuh kawalan aset, meningkatkan keberkesanan pemantauan, mempertingkat kecekapan operasi ladang serta mempercepat tindakan penyelesaian terhadap isu pencerobohan melalui pendekatan yang konstruktif dan berhemah.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Pengurusan PKPP dalam memastikan setiap aset dan operasi ladang diurus secara cekap, mampan dan berintegriti demi menjamin kelestarian pembangunan sektor perladangan serta memelihara kepentingan organisasi.





