Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Majlis Anugerah Ladang (MAL) 2022

Kemuncak kepada Majlis Pembentangan Prestasi Ladang PKPP berakhir 31 Disember 2022 adalah Majlis Anugerah Ladang (MAL) 2022 pada tarikh dan lokasi yang sama. Majlis yang julung kali diadakan pada 2019 kini telah memasuki tahun ke-4. Untuk kali ini, kategori yang dipertandingkan telah bertambah kepada 9 berbanding tahun-tahun sebelumnya bagi mengiktiraf segala usaha dan kreativiti pengurusan di dalam meningkatkan produktiviti dan pengeluaran hasil.
 
Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan.
 
1. Anugerah Peningkatan Hasil Terbaik
- Ladang Sg. Charu, PPSB
2. Anugerah Inisiatif dan Usaha Terbaik
- Ladang Paloh Hinai, PASB
3. Anugerah Prestasi Kewangan Terbaik
- Ladang Temin Kecil, LCSB dan Ladang Pulai, LCSB
4. Anugerah Inovasi dan Kreativiti Terbaik
- Ladang Ulu Lepar, LCSB
5. Anugerah Khas Juri
- Ladang Kemayan, PPSB
6. Anugerah Pengurus Harapan
- Encik Mohd Zulhashim bin Din, Ladang Ulu Lepar, LCSB
7. Anugerah Ladang Harapan
- Ladang Temin Kecil, LCSB
8. Anugerah Pengurus Terbaik
- Encik Khalid bin Tamamuddin Ladang Charuk Puting, PPSB
- Encik Mohd Khairi bin Abdul Rahman Ladang Temin Kecil, LCSB
9. Anugerah Ladang Terbaik
- Ladang Pulai, LCSB
 
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.