Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Majlis Anugerah Ladang (MAL) 2024

Majlis Anugerah Ladang (MAL) Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) Tahun 2024 telah diadakan pada 16 April 2025 di Swiss Belhotel, Kuantan.
MAL merupakan acara tahunan bagi mengiktiraf pencapaian kepada ladang dan pengurus ladang yang mencapai prestasi cemerlang sepanjang tahun 2024.
 
Lapan (kategori anugerah bagi MAL 2024 iaitu:-
1. Anugerah Peningkatan Hasil Terbaik;
2. ⁠Anugerah Inisiatif dan Usaha Terbaik;
3. ⁠Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik;
4. ⁠Anugerah Inovasi dan Keeativiti Terbaik;
5. ⁠Anugerah Pengurus Ladang Harapan;
6. ⁠Anugerah Pengurus Ladang Terbaik;
7. ⁠Anugerah Ladang Harapan; dan
8. ⁠Anugerah Ladang Terbaik.
 
Anugerah telah disampaikan oleh YH Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus kepada semua penerima.
Turut hadir di dalam MAL 2024 ialah Pengurusan Kanan PKPP, Pengurus Besar, pengurusan kanan dan pengurus ladang dari tiga (3) ejen pengurusan ladang kelapa sawit PKPP iaitu LKPP Corporation Sdn. Bhd. (LCSB), PKPP Plantation Sdn. Bhd. (PPSB) dan PKPP Agro Sdn. Bhd. (PASB).
 
Terdahulunya, pada sebelah pagi telah diadakan sesi Pembentangan Prestasi Ladang (PPL) oleh ketiga ejen pengurusan ladang-ladang kelapa sawit PKPP. Di dalam sesi ini, semua ejen ladang perlu membentangkan prestasi ladang bagi tahun 2024 serta perancangan dan sasaran untuk tahun 2025. 
 
Selain daripada itu, turut dibentangkan prestasi bagi tanaman-tanaman lain seperti kelapa, durian dan longan yang turut diusahakan oleh PKPP.
 
Tahniah kepada semua penerima anugerah di Majlis Anugerah Ladang (MAL) PKPP bagi tahun 2024.
Semoga dengan kemenangan ini akan menyuntik semangat warga kerja Kumpulan PKPP untuk terus menyumbang bagi menjadikan Kumpulan PKPP sebagai agensi terunggul dalam bidang pertanian khasnya perladangan kelapa sawit di Negeri Pahang.