Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 berlangsung pada 6 Jun 2024 di Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan. Acara tahunan ini diserikan dengan kehadiran oleh YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, pengurusan kanan, pegawai-pegawai dan anggota perkhidmatan PKPP.
Dalam ucapan Ketua Pegawai Eksekutif, beliau menekankan akan kepentingan meningkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan dalam bidang tugas masing-masing dari semasa ke semasa bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan pentadbiran organisasi.
Selain itu, beliau juga turut berkongsi kaedah amalan perkhidmatan terbaik dalam tadbir urus organisasi bagi usaha memperkasakan anggota perkhidmatan dengan nilai-nilai peribadi yang unggul dalam mendepani cabaran.
Syabas dan tahniah kepada 22 orang penerima anugerah yang membawa pulang sijil, plak serta Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional. Semoga ia menjadi inspirasi untuk kekalkan ekosistem pekerjaan yang cemerlang pada tahun mendatang.