Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) Tahun 2024 telah diadakan pada 9 April 2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Seramai 23 orang Anggota Perkhidmatan PKPP dipilih untuk menerima anugerah yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKPP, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah satu bentuk pengiktirafan kepada anggota perkhidmatan yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun.
YAB Menteri Besar beserta Ahli Lembaga Pengarah PKPP turut bersama memeriahkan Majlis Sambutan Aidil Fitri Tahun 2025 yang diadakan serentak dengan APC PKPP. Seramai lebih 1,000 tetamu dari kalangan Anggota Perkhidmatan Kumpulan PKPP, jemputan dari agensi kerajaan persekutuan dan negeri, pemegang taruh dan pesara Kumpulan PKPP turut hadir ke jamuan ini.
YAB Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan dari PKPP dan anak syarikat Kumpulan PKPP kepada beberapa penerima terpilih iaitu Persatuan Pesara PKPP, beberapa buah maahad tahfiz dan rumah anak yatim di sekitar Kuantan.
Semoga APC ini meningkatkan lagi motivasi Anggota Perkhidmatan PKPP untuk terus cemerlang dalam mencapai Visi dan Misi PKPP yang telah digariskan dalam Pelan Strategik PKPP 2025-2029. Dengan penganjuran Majlis Sambutan Aidil Fitri 2025, ikatan ukhwah di antara Kumpulan PKPP dan semua pihak berkepentingan terus terjalin erat demi memakmurkan kemajuan negeri dan negara