Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil, Doa Selamat & Solat Hajat Sempena Ulang Tahun PKPP Yang Ke 55

Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil, Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Ulang Tahun PKPP Yang Ke 55 telah diadakan di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan. Majlis telah dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan PKPP, Pengurusan Kumpulan Anak Syarikat, anggota perkhidmatan dan pesara-pesara PKPP.
 
Semoga PKPP sentiasa berada di dalam keberkatan Yang Maha Esa seterusnya dapat mengembangkan lagi manfaat dalam sektor pertumbuhan ekonomi serta kemajuan rakyat negeri Pahang. Di samping itu, PKPP terus unggul, menjadi inspirasi seterusnya berupaya membawa perubahan positif dalam kesejahteraan dan kecemerlangan yang mendatang.