Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Majlis Meraikan Bakal Hajah Puan Nor Salbhana Binti Mohd Ishak

9 Mei 2025 | Dewan ILI
 
Satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna telah diadakan bagi meraikan Puan Nor Salbhana binti Mohd Ishak yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Hormat Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, serta barisan Pengurusan Kanan PKPP.
 
PKPP mendoakan agar Puan Nor Salbhana dikurniakan kesihatan yang baik, perjalanan yang lancar, serta diberi kemudahan dalam melaksanakan segala rukun dan wajib haji.
Semoga ibadah haji beliau diterima Allah SWT dan memperoleh haji yang mabrur. Amin ya Rabbal ‘Alamin.