Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH Dato' Suhaimi Bin Mohd Yunus bersama Pengurusan PKPP dan Pengurusan Kumpulan PKPP hadir ke Majlis Meraikan Kontinjen Perbarisan PKPP Dan Upacara Penyerahan Bendera Malaysia Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-68 pada 26 Ogos 2025 di Dewan ILI, Jalan Gambut, Kuantan.
Pada tahun ini, kontinjen PKPP diketuai oleh Encik Amirul Syafiq Bin Nasorudin, Pegawai Tadbir Bahagian Penyelidikan dan Pemantauan PKPP dengan kekuatan 30 anggota perkhidmatan pelbagai gred daripada Kumpulan PKPP . Bertemakan " Warga PKPP, Warga Produktif dan Patriotik", kontinjen PKPP disarankan menjiwai semangat patriotisme serta menghayati arti kemerdekaan. Kontinjen PKPP juga diminta mempamerkan disiplin serta jati diri yang tinggi demi PKPP dan Negeri Pahang amnya.
Semoga dengan penyertaan ini menjadikan anggota perkhidmatan kumpulan PKPP lebih berdaya saing serta memantapkan jati diri sebagai persiapan dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam tugasan untuk mencapai objektif dan matlamat Kumpulan PKPP.
Malaysia MADANI,
Rakyat Disantuni.