Majlis Meraikan Persaraan Encik Azri Bin Awang Kechik telah diadakan pada 14 November 2025 bertempat di Dewan ILI, Kuantan. Ketua Pegawai Eksekutif, Yang Hormat Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus bersama Pengurusan Kanan PKPP turut hadir meraikan majlis ini.
Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan serta terima kasih atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di PKPP selama lebih 40 tahun. Encik Azri Bin Awang Kechik mula berkhidmat pada 1 April 1985 dan tarikh terakhir perkhidmatan beliau di PKPP adalah pada 24 November 2025 dengan jawatan terakhir beliau sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N3.
Seluruh Anggota Perkhidmatan PKPP mengucapkan selamat bersara kepada Encik Azri Bin Awang Kechik. Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tercinta serta menjalani alam persaraan dalam keberkatan Allah SWT.