Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Majlis Meraikan Persaraan Encik Hamzah Bin Mat Yunus

Majlis Meraikan Persaraan Encik Hamzah Bin Mat Yunus telah diadakan pada 13 Oktober 2025 bertempat di Dewan ILI, Kuantan.
 
Ketua Pegawai Eksekutif, Yang Hormat Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus bersama Pengurusan Kanan PKPP turut hadir meraikan majlis ini. Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan serta terima kasih atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di PKPP selama lebih 40 tahun. Encik Hamzah Bin Mat Yunus mula berkhidmat pada 1 April 1985 dan tarikh terakhir perkhidmatan beliau di PKPP adalah pada 13 Oktober 2025.
 
Seluruh Anggota Perkhidmatan PKPP mengucapkan selamat bersara kepada Encik Hamzah Bin Mat Yunus. Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berbahagia bersama keluarga tercinta dan menjalani alam persaraan dalam keberkatan Allah SWT.