Majlis Meraikan Persaraan Encik Mohd Salleh Bin Haji Bakar telah diadakan pada 3 Februari 2026 bertempat di Dewan ILI, Kuantan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Yang Hormat Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus bersama Pengurusan Kanan PKPP turut hadir meraikan majlis ini.
Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan serta terima kasih atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di PKPP selama 21 tahun 11 bulan.
Encik Mohd Salleh Bin Haji Bakar mula berkhidmat pada 9 Februari 2004 dan tarikh terakhir perkhidmatan beliau di PKPP adalah pada 1 Februari 2026 dengan jawatan terakhir beliau sebagai Pembantu Khidmat Am, Gred H1.
Seluruh Anggota Perkhidmatan PKPP mengucapkan selamat bersara kepada Encik Mohd Salleh Bin Haji Bakar.
Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tercinta serta menjalani alam persaraan dalam keberkatan Allah SWT.