Majlis Meraikan Persaraan Puan Hanizan binti Chik telah diadakan pada 30 Julai 2025 bertempat di Dewan ILI, Kuantan.
Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus bersama pengurusan kanan PKPP turut hadir meraikan majlis ini. Majlis diadakan sebagai tanda perghargaan dan penghormatan serta terima kasih atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di PKPP selama lebih 30 tahun. Puan Hanizan binti Chik mula berkhidmat pada 1 Februari 1995 dan tarikh terakhir perkhidmatan beliau di PKPP adalah pada 1 Ogos 2025.
Seluruh Anggota Perkhidmatan PKPP mengucapkan selamat bersara kepada Puan Hanizan binti Chik. Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berbahagia bersama keluarga tercinta dan menjalani alam persaraan dalam keberkatan Allah SWT.