Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Majlis Meraikan Persaraan Wajib Yang Hormat Dato’ Suhaimi Bin Mohd Yunus

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah menganjurkan Majlis Meraikan Persaraan Wajib Yang Hormat Dato’ Suhaimi Bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, bertempat di Swiss-Belhotel, Kuantan pada 6 Mac 2026.

Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas jasa, sumbangan serta dedikasi beliau sepanjang 6 tahun 9 bulan bersama PKPP.

Yang Hormat Dato' Suhaimi Bin Mohd Yunus mula menerajui PKPP pada 10 Mei 2019 iaitu lantikan secara peminjaman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PKPP dengan gred terakhir beliau adalah Gred Utama JUSA C (VU7).

Hadir di majlis yang sama, barisan Pengurusan Tertinggi PKPP dan Pengurusan Kanan anak syarikat Kumpulan PKPP serta Anggota Perkhidmatan PKPP.

Majlis turut diisi dengan penyampaian cenderamata, tayangan montaj khas perjalanan kerjaya dan sesi bergambar sebagai kenangan.

Keseluruhan majlis berlangsung dalam suasana penuh penghargaan dan penghormatan terhadap jasa serta bakti insan yang diraikan.

PKPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Hormat Dato' Suhaimi Bin Mohd Yunus atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan, serta mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan dalam menjalani fasa persaraan.

Majlis Meraikan Persaraan Wajib Yang Hormat Dato’ Suhaimi Bin Mohd Yunus 1
Majlis Meraikan Persaraan Wajib Yang Hormat Dato’ Suhaimi Bin Mohd Yunus 2
Majlis Meraikan Persaraan Wajib Yang Hormat Dato’ Suhaimi Bin Mohd Yunus 3
Majlis Meraikan Persaraan Wajib Yang Hormat Dato’ Suhaimi Bin Mohd Yunus 4
Majlis Meraikan Persaraan Wajib Yang Hormat Dato’ Suhaimi Bin Mohd Yunus 5
Majlis Meraikan Persaraan Wajib Yang Hormat Dato’ Suhaimi Bin Mohd Yunus 6