Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Majlis Pemberian Bantuan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP 2026

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, merangkap Pengerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah merasmikan Majlis Pemberian Bantuan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP 2026 di Dewan Balora, Benta, Kuala Lipis pada 14 Mac 2026.

Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Ahli Parlimen Lipis merangkap Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Transformasi Air Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abdul Razak, Adun Benta merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, Yang Berhormat Dato’ Mustapha bin Haji Long, Adun Padang Tengku, YH Dato’ Sri Haji Shahiruddin bin Ab. Moin, Timbalan Pengerusi PKPP dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah PKPP turut hadir ke majlis ini.

Sumbangan Aidilfitri ini merupakan program tahunan PKPP yang membantu peserta rancangan sosial PKPP di dalam membuat persiapan menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi. Lebih 866 orang peserta di seluruh Negeri Pahang yang terdiri dari peserta Rancangan Penempatan Semula Keselamatan (RPSK), Rancangan Penempatan Semula Banjir (RPSB) dan Ladang Kecil menerima sumbangan ini.

Pada majlis ini, seramai 393 peserta melibatkan tiga rancangan sosial PKPP di daerah Lipis iaitu RPSK Jerkoh, RPSK Peruang dan RPSK Merapoh menerima sumbangan secara tunai yang disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Menteri Besar Pahang berharap agar semua peserta yang menerima bantuan Aidilfitri sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana Kerajaan Negeri Pahang stabil dan berupaya menjana hasil yang baik. Banyak program dan aktiviti seperti program bantuan ini dapat dilaksanakan untuk manfaat seluruh rakyat Negeri Pahang. Tadbir urus yang cekap serta berintegriti tinggi juga menyebabkan anak syarikat kerajaan negeri seperti PKPP mencatatkan pendapatan dan keuntungan yang membanggakan serta dapat menyumbang kembali kepada kerajaan negeri dalam bentuk dividen secara tahunan.

Dikesempatan yang sama juga, peserta terlibat berpeluang beramah mesra dan bertanya khabar dengan YAB Menteri Besar dan dif-dif jemputan yang lain. Semoga ukhwah di antara pemimpin, agensi kerajaan dan rakyat ini sentiasa terjalin erat demi kemakmuran Negeri Pahang khasnya dan Negara Malaysia Amnya.

Majlis Pemberian Bantuan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP 2026 1
Majlis Pemberian Bantuan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP 2026 2
Majlis Pemberian Bantuan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP 2026 3
Majlis Pemberian Bantuan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP 2026 4
Majlis Pemberian Bantuan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP 2026 5
Majlis Pemberian Bantuan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP 2026 6