Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Majlis Penutup Program Pemasaran Digital (PMD) 2025

Hotel Shahzan, Kuantan | 22 – 24 September 2025
 
Majlis Penutup Program Pemasaran Digital (PMD) 2025 anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah diadakan pada 24 September 2025 bertempat di Hotel Shahzan, Kuantan. Program intensif selama tiga hari ini telah disertai oleh seramai 21 orang usahawan bimbingan PKPP dari pelbagai latar belakang perniagaan. Majlis penutup telah disempurnakan oleh wakil Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Encik Megat Juhari Shazerin bin Nazeri, Pengurus Projek Sosial PKPP.
 
Objektif utama PMD 2025 adalah untuk membimbing serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran para usahawan dalam penggunaan platform digital sebagai alat pemasaran dan komunikasi, sekaligus membantu meningkatkan jualan serta daya saing produk dan perkhidmatan mereka.
 
Sepanjang program ini, peserta telah didedahkan kepada pelbagai modul yang memberi impak besar kepada pembangunan perniagaan mereka, antaranya:
1. Penjenamaan Logo di Platform Media Sosial – Menekankan kepentingan identiti visual dan konsistensi jenama dalam membina kepercayaan pelanggan di alam maya.
2. Teknik Meningkatkan Keberkesanan Pemasaran di TikTok – Strategi dan pendekatan terkini dalam memanfaatkan platform video pendek yang kini menjadi trend utama pemasaran digital.
3. Pengurusan Kewangan – Asas pengurusan aliran tunai, kos operasi dan keuntungan bagi memastikan kelestarian perniagaan dalam jangka masa panjang.
 
PKPP berharap agar para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang program ini, khususnya dalam memaksimumkan penggunaan platform media sosial sebagai saluran pemasaran dan jualan utama. Dengan pendekatan yang lebih sistematik dan berkesan, para usahawan mampu mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi serta meningkatkan pendapatan secara mampan.
 
Program seperti ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada perubahan minda dan amalan perniagaan dalam kalangan usahawan tempatan, selaras dengan aspirasi digitalisasi negara.