Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Yang Berbahagia Puan Hajah Sharifah Norjannah Binti Syed Agil telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel Penyediaan Penyata Kewangan Berdasarkan MBRS 2.0 yang telah diadakan selama dua hari pada 26 & 27 Oktober 2025 di Swiss-Belhotel, Kuantan.
Bengkel anjuran Bahagian Kewangan PKPP ini telah dikendalikan oleh Dr. Yee Hun Leak, Profesor Adjung di Lincoln University College yang juga merupakan Jurulatih MBRS Bertauliah dengan penyertaan seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada anggota perkhidmatan Kumpulan PKPP.
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan menyeluruh dan latihan amali kepada peserta mengenai penggunaan efektif Sistem Pelaporan Perniagaan Malaysia (MBRS) 2.0, sebagaimana yang diwajibkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan penyerahan Penyata Kewangan.
Melalui kursus ini, para peserta diharapkan dapat mengaplikasikan kemahiran teknikal yang diperoleh untuk menangani isu-isu praktikal dalam proses penyediaan dan penyerahan dokumen kewangan, di samping memastikan pematuhan sepenuhnya keperluan pelaporan digital serta penggunaan Sistem MBRS 2.0 secara efisien dan sistematik.